"SEMBAHYANG
adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang
seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.Sembahyang
perlu dipelihara sebaik-baiknya." Antara kesalahan yang selalu dilakukan
berkaitan sembahyang adalah:1. Meninggalkan sembahyang. Hal ini adalah suatu
kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.Allah berfirman bermaksud:
"Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab:
"(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat."
(Surah al-Muddatstsir, ayat 4)Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara
kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia
kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).2. Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam
waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)Oleh itu,
melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa
besar.Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk
menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan
(hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak
mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).3.
Meniggalkan solat berjemaah. Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang
yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud:
"Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak
ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).Allah
berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk." (Surah
al-Baqarah, ayat 43).Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan)
kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka."
(Muttafaq Alaih).4. Tidak thuma'ninah dalam solat Thuma'ninah adalah rukun
solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang
rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tenang maksudnya sampai
tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam
penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.5. Tidak khusyuk dan banyak
gerakan dalam solat.6. Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan
solat batal. Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti,
kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai
dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai
dia rukuk... " (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).7. Bangun dari duduk
untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.8. Memandang
ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat. Hal ini
diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti
daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak
mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim)."Dan
jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu
kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)9. Mengenakan pakaian nipis yang
tidak menutupi aurat. Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah
syarat sah solat.10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita
kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan
telapak tangan. Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau
menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang
yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."11. Melintas di depan orang yang
sedang solat. Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan
orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh
(tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat
al-Bukhari dan Muslim).12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati
imam sedang rukuk. Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan
dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.13. Tidak
langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid. Orang yang masuk masjid
hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau
lainnya.Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami
sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).14. Melakukan
sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan
bersembang. Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah
hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa
melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah
al-Munafiqun, ayat 9).15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.
Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan
memejamkan mata.Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di
hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal
itu tidak makruh.16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau
Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim).17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota. Nabi
Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota;
kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua
tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih
No comments:
Post a Comment